Want your
own Fotopage?








 
Gambatte

By: Khairul Hazlina dan Haziq

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Sunday, 14-Oct-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Gyotoku - Meiji Universiti



Jamuan ini diadakan oleh penduduk Gyotoku bagi meraikan semangat Hari Raya bersama-sama dengan rakan seuniversiti di Meiji, Vice President Meiji, kakitangan Meiji dan rakan-rakan bangsa asing yang lain. Program ini diraikan dengan meriah sekali. Harapan kami agar ia akan mencetus suatu permulaan baru, membawa sinar, semangat dan juga mengangkat imej negara Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. He he he. Bersemangat ni...

KA...best nyer ko kat sana erkkkk....bila nak balik Msia? Sun 28-Dec-2008 12:06
Posted by:Marhaniza  - [Link]
Buildings are not cheap and not everyone can buy it. Nevertheless, <a href="http://bestfinance-blog.com">loans</a> are invented to help different people in such kind of cases. Wed 6-Jul-2011 22:48
Posted by:Small24NOEMI  - [Link]
Do not cash to buy a house? You not have to worry, just because it is possible to receive the business loans to resolve all the problems. Thus take a car loan to buy everything you want. Mon 6-Feb-2012 08:28
Posted by:mortgage loans  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Saturday, 13-Oct-2007 14:00 Email | Share | | Bookmark
Menonton Perlawanan Ragbi - Meiji Dai vs Keikyo Dai



Selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri kami meneruskan perjalanan ke Gainmae bagi menyaksikan perlawanan ragbi di antara Meiji Daigaku dengan Keikyo Daigaku. Perlawanan berkesudahan dengan Meiji Daigaku berjaya menewaskan Keikyo Daigaku dengan 29 -11. Tahniah diucapkan kepada Dairokuno sensei selaku Pengurus Pasukan ragbi Meiji Universiti.

Add comment


Saturday, 13-Oct-2007 09:00 Email | Share | | Bookmark
Beraya di Kedutaan Besar Malaysia



Pertama kali berhari raya di Kedutaan Besar Malaysia bersama-sama keluarga. Pagi-pagi lagi dah keluar menuju ke Shibuya pada pukul 6.40 pagi. Pada mulanya nak berkonvoi sekali dengan kawan-kawan di Gyotoku tapi dah terlewat bangun. Jadi kami bergerak sendirian ke kedutaan, sampai lebih kurang pukul 8.05 pagi. Alhamdulillah, perjalanan semuanya lancar kecuali 3 kilometer sebelum nak sampai ke Shinjuku jalan agak sesak. Di kedutaan selepas solat Hari Raya kami dijamu dengan nasi impit, kuah kacang dan juga nasi beriani. Namun yang pasti sesiapa yang menjamah pada hari tersebut balik dengan sakit perut. He he he...



Malam sebelum raya tu kami pergi ke rumah Sazali san bagi bertakbir dan juga menjamu selera masakan Malaysia. Alhamdulillah, bermacam-macam masakan dapat dirasai. Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah dan juga pasukan yang terlibat dalam persiapan jamuan tersebut.

Add comment


Thursday, 11-Oct-2007 13:54 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya Aidilfitri - 2007



Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada kedua ibubapa, sanak saudara, sahabat handai yang mengenali diri kami sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah perbuatan samada sengaja ataupun tidak sengaja. Semoga ikatan kekeluargaan dan persahabatan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Senang2 datang le beraya. Fri 12-Oct-2007 12:21
Posted by:HE@Kamarul  - [Link]
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga Fri 12-Oct-2007 15:51
Posted by:Syah, Nor dan Keluarga
Selamat Hari Raya AidilFitri....Maaf Zahir dan Batin..... Sat 13-Oct-2007 14:02
Posted by:WanZee  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Friday, 28-Sep-2007 09:45 Email | Share | | Bookmark
Kepulangan Atoque dan Pokcik ke Malaysia



Hari ni pulak Atoque (jiran 105) dan Pokcik (jiran 201) sekeluarga berangkat pulang ke Malaysia setelah menamatkan pengajian di Universiti Waseda. Kami penduduk Ichikawaono sebanyak 4 buah kereta (berkonvoi) telah menghantar mereka ke Narita Airport. Selamat bertugas semula di Malaysia...

Selamat Menyambut Eid-ul-fitr Mubarak dari kami sekeluarga di Hiroshima Thu 11-Oct-2007 19:32
Posted by:Ghazali Hiroshima  - [Link]
haaaaaaaa lagi5 Fri 12-Mar-2010 16:04
Posted by:aina
Fri 12-Mar-2010 16:06
Posted by:aina
Add comment


Saturday, 22-Sep-2007 08:00 Email | Share | | Bookmark
Kepulangan Suaidi ke Malaysia



Hari ni merupakan hari terakhir Suaidi (jiran 102) di Ichikawaono sebelum berlepas pulang ke Malaysia. Selamat menjalankan tugas di Malaysia...

Add comment


Sunday, 19-Aug-2007 16:00 Email | Share | | Bookmark
Melawat Akebonoyama



Pertama kali melawat taman ni setelah menetap selama setahun setengah di Jepun. Musim bunga Matahari kat sini dah habis semasa kami datang ke tempat ni. Jadi kami menghabiskan masa dengan mengambil gambar pemandangan sekitar tempat ni dan juga minum petang bersama keluarga Fauzee.

Sampai jugak hang kat sini.....hehe Mon 15-Oct-2007 02:39
Posted by:Tok Wan
Yaaa...Sampai jugak akhirnya. Tue 16-Oct-2007 14:55
Posted by:KA  - [Link]
Add comment


Monday, 13-Aug-2007 05:20 Email | Share | | Bookmark
Melawat Pasar Tsukiji



Sebelum ni dah pernah datang ke sini tetapi dengan Shah dan juga Sazali. Jadi kali ni, bawa Ina dan Haziq pulak ke sini bagi mendapatkan gambaran sebenar pasar yang terbesar di dunia ni. Memang penuh sesak dengan produk-produk dari laut dan juga orang ramai yang bekerja serta pelancong-pelancong asing yang melawat pusat perniagaan ni.

Add comment


Wednesday, 8-Aug-2007 14:30 Email | Share | | Bookmark
Trip ke Mother Farm



Selepas penat mengelilingi Kamogawa Seaworld kami meneruskan perjalanan ke Mother Farm. Kat sini kami menjamu selera (makan tengahari) dengan bekalan yang di bawa. Dengan pemandangan yang menarik dan kemudahan yang disediakan lengkap, kami sekeluarga berhasrat untuk ke sini pada masa akan datang. Mother Farm ni merupakan destinasi terakhir kami sekeluarga sebelum bertolak pulang.

Add comment


Wednesday, 8-Aug-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Trip ke Kamogawa Seaworld - 02



Kami sekeluarga berpeluang melihat pertunjukan ikan "Killer Whale", "Dolphin dan juga "Bottle Head". Selain itu, Haziq juga dapat menaiki mainan untuk kanak-kanak yang mana sebelum ni tak pernah dinaikinya. Cuma pertunjukan anjing laut sahaja yang tak berkesempatan. Mungkin kami akan berkunjung ke sini lagi pada masa yang sesuai.

Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

fpxen2.pidgintech.com