Pertama kali berhari raya di Kedutaan Besar Malaysia bersama-sama keluarga. Pagi-pagi lagi dah keluar menuju ke Shibuya pada pukul 6.40 pagi. Pada mulanya nak berkonvoi sekali dengan kawan-kawan di Gyotoku tapi dah terlewat bangun. Jadi kami bergerak sendirian ke kedutaan, sampai lebih kurang pukul 8.05 pagi. Alhamdulillah, perjalanan semuanya lancar kecuali 3 kilometer sebelum nak sampai ke Shinjuku jalan agak sesak. Di kedutaan selepas solat Hari Raya kami dijamu dengan nasi impit, kuah kacang dan juga nasi beriani. Namun yang pasti sesiapa yang menjamah pada hari tersebut balik dengan sakit perut. He he he...
Malam sebelum raya tu kami pergi ke rumah Sazali san bagi bertakbir dan juga menjamu selera masakan Malaysia. Alhamdulillah, bermacam-macam masakan dapat dirasai. Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah dan juga pasukan yang terlibat dalam persiapan jamuan tersebut.